Tahun Berganti Lagi

Tanpa sedar
Tahun 2014 telah aku tempuh
Tahun yang melahirkan bermacam rasa pada diri ini
Pada tahun ini juga aku diberi pengalaman baru
Pengalaman yang sangat baru

Berjauhan dengan keluarga
Setelah 20 tahun aku bersama mereka
Sesungguhnya, hanya Allah yang mengetahui
ianya TIDAK MUDAH!

Di sini, aku mula menapak
Perlahan-lahan melihat dunia luar
Mengenal kehidupan dengan lebih jelas
Walaupun masih belum begitu jelas
Aku telah jumpa manusia yang
Pelbagai ragam!

Memang pada mulanya
Sukar untuk menyesuaikan diri
Mengambil masa yang agak panjang

Setiap hari
Langkah aku terasa berat
Aku kuatkan juga demi memajukan diri

Pernah suatu ketika
Aku berfikir untuk tidak meneruskan perjuangan ini
Setelah difikirkan berulang kali
Aku mengambil keputusan untuk kentalkan hati
Mencabar diri sendiri
Beranikan diri


Terkadang terfikir
Rezeki yang telah aku dapat ini
Masih ada yang tidak dapat merasanya
Jadi bersyukurlah wahai diri

Detik pertama
Saat aku ditinggalkan pergi oleh mereka di sini
Sungguh aku tidak merasa apa-apa

Waktu itu
Aku cuma fikir
'Aku tak nak tertinggal bas'

Malam pertama,kedua,ketiga
Aku rentas dengan selamba
Penat!

Tapi
Tidak untuk malam yang keempat
Hati aku mula dijentik
Perasaan rindu mula berkumpul
Sehingga terasa senak dada sendiri

Tanpa sedar
Mata mula memberat
Semakin berat, dan menjatuhkan manik-manik kristal
Manik-manik kristal hak milik peribadi aku!

Ketika itu
Aku sangat berharap
Berharap semua yang di sana juga rindukan aku!

Bila berada di negeri orang,
        Teringat negeri sendiri,
  Bila ternampak keluarga orang,
        Rindu keluarga sendiri.

Kini 2014

tahun dah berubah
dari 2013 dah jadi 2014
semua tarikh yang bertahunkan 2013 dah jadi sejarah
semua aktiviti semasa tahun 2013 dah tinggal kenangan




alhamdulillah..
di tahun baru masihi ni..
Allah masih memberi izin untuk aku bernafas dibumiNya

untuk permulaan tahun baru ni
bagi aku.. belum ada apa-apa yang menarik lagi
dengan mulanya tahun baru
semua orang ada azam baru..

aku?
azam yang dulu-dulu pon tak lunas lagi
then, nak tambah lagi dengan azam baru?
ouh! itu sangat membebankan

sebenarnya
tak ada apa yang nak diceritakan
saja je nak kan tarikh yang bertahunkan 2014 ni ada kat blog
belum tentu lagi masa-masa akan datang aku rajin nak menaip
ni je masa yang aku rasa AGAK rajin

okeylah
gerak dulu..
lain kali kalau rajin aku datang sini lagi

(^.^)