IC oh IC !!!

Benda ni jadi beberapa hari yang lepas (15 Dis 2011) .masa tu aku ngan member aku ,Nazirah nak amek pereksa undang2 (teori) .lepas daftar,kitorang tunggulah sampai nama kena panggil kan (macam hosp & klinik laa). Sementara tu baca la buku undang2 tu..

Beberapa minit kemudian…
Akak kaunter 1 panggil nama sorang kakak tu…(aku nama kan kakak tu kak bedah jela ea…senang nak citer nanti…sebab entry ni pasal dia)
Akak kaunter tu cakap kat dia:
  ‘’nanti masukkan nombor IC tak payah jarak,lepas tu letak kategori Orang Awam   Malaysia’’
Then,kak bedah tu pon masuk bilik pereksa.

Tiba2~
Kak bedah keluar dari bilik pereksa terus pegi kat kaunter. Kak bedah cakap macam ni kat kaunter tu…
 ‘’Kenapa saya punya IC tak keluar2?’’
Akak kaunter 1 & akak kaunter 2 buat muka pelik. Bukan akak tu je yang buat macam tu. Dengan2 aku pon terjebak sama (muka kerot2)

Akak kaunter 1 & akak kaunter 2 berpandangan sambil angkat2 kening. Kemudian…
Akak kaunter 2: IC akak tak keluar?
Kak bedah: A’ah…IC tak keluar2
Akak kaunter 2: kejap…(sambil bangun berjalan masuk dalam bilik pereksa tu,pegi kat PC kak bedah tadi)

Pastu akak kaunter 2 keluar dari bilik pereksa sambil senyum2 then dia cakap kat kak bedah…
  “tak pe, akak masuk dulu abiskan jawab soalan..okey?”
Kak bedah akur ! (hah! Ayat karangan yang mantap da keluar! Haha!) bila kak bedah tu masuk bilik pereksa…akak2 kaunter tanpa berlengah terus bergosip…aku? Aku pasang telinga lah!!..hehehe..

AK 1: nape weyh?
AK 2: aku tak pernah jumpa lagi orang macam ni…hahaha…
AK 1: huh?!
AK 2:boleh pulak dia masukkan IC kat dalam lubang disket?..muahahahaa…
  • AK > Akak Kaunter
apalagi berderai ketawa akak2 kaunter tu..tapi masih lagi terkawal…aku dengan kawan aku tersenyum cuma…itu luaran..dalaman..toksah cerita! berdekah-dekah aku gelak...kalah ketawa jantan2 kat luar sana tuh..haha!!




Bila kak bedah habis jawab semua soalan…opkoss la dia keluar dari bilik tu kan…akak2 kaunter tu cakap kat kak bedah…

“akak,kitorang tak tau macam mana nak keluarkan IC akak tu, takot nanti PC pulak buat hal”
Kak bedah sekali lagi akur! …pastu dia terus balik…

Aku tengok jam 11.30 a.m …aik! Dari pukul 9 aku tunggu…nama aku tak naik2 ni..hmmm
Aku pandang kiri kanan sambil buat muka bosan…tiba2 aku ternampak seseorang! Siapakah?
Aku Nampak kak bedah!! Ya, kak bedah yang tadi tu…dia pegang something kat tangan dia. Apakah? Kayu besbol? Parang? Kapak?...nak pepah akak2 kaunter sebab gelakkan dia?...hehehe…taklah!! dia cuma bawak twizer! Yup hanya twizer…untuk apa? Nak amek IC dia yang terkandas tadi tu laa…nasib dia la…dapat jugak IC dia. Bila da dapat je IC dia..dia punya melompat sambil cium2 IC dia macam dapat duit juta2 !!..eh tak lah..yang tu aku memandai tambah cerita..keh3

p/s: aku tak lulus periksa undang2 waktu tu…tulah ketawa kan orang…padan muka aku!!
Markah anda: 40
Markah lulus:42/50
Keputusan: GAGAL
:'( 

       agak2 korangkan, kak bedah tu lulus tak? Kalau lulus, nampaknya aku kene ikut petua dia, masukkan IC dalam lubang disket!...


update!!!  02 feb 2012...aku amek undang2 lagi sekali..markah?
               sangat-sangat membanggakan . 49/50 . muahahaa... bijak bukan?
              
Chaw!

Sorry Mak Cik Cleaner!!!

tertanggal 18 nov 2011 (dalam kelas add math)

jabar: eh Mai! kenapa ni? *sambil senyum2
(nak ngolok aku la tuh..ciss..ciss..ciss)

nashriq : Mai, asal ni? ish aku risau laa tengok kau macam ni..nak telefon ambulans tak?  (tayang muka risau.. dia ingat muka risau tu boleh tutup muka mengolok dia? kirim salam jela.. spesies jabar jugak ni..)

tira : eh korang..tak payah nak ngolok2 boleh tak? kan Mai tengah sakit ni!


aku hanya memerhati keadaan.. malas nak campur..

nashriq : tak..aku nak buat persediaan awal jer...heh! risau nye aku..aku tak dapat nak bayang kalau bini aku nanti macam ni...

jabar : aku tak dapat nak bayang kalau kau ada bini!! hahaha..
(sempat lagi tu budak2 ni)


aku baru je nak lelap...


dayah : Mai..saket perut ea?  (aku angguk) dah makan ubat? (jwpn aku masih ditakuk lama..angguk lagi)


aku : sambil pegang tangan dayah...pegi bilik air jom!!..nak muntah..
dayah :hah?! cikgu..nak pegi tandas!





teha : cikgu dah telefon mak Mai?
T.Dely : dah,tapi tak dapat laa.tak ape, macam ni..awak bawak dia pegi kat kereta saya..



ayuna ngan dayah papah aku...sampai depan tangga jer...


blueekkkk...bluueeekkkk...bluueekkk...bluuueekkk!!!
(semua orang bertempiaran lari..mana tak nye.. aku muntah tanpa bagi signal..sory kawan2!!)


*hah! sebab tu lah aku buat entry ni..nak cakap kat mak cik cleaner sekolah aku...sory sangat2 dah tambahkan kerja makcik2 ni!! (bajet macam makcik2 tu baca blog kau!!..piirrraaahhh!!!!)


Chaw!



Bila Si Dia Muncul Ketika Diri Ini Belum Sedia 100%

Dear Mai,
      saya akan datang pada awak tidak lama lagi [esok (14 nov 2011) ]..awak mesti sudah ternanti-nanti akan kehadiran saya bukan? . saya tahu sangat2 akan hal itu . ini adalah pertemuan pertama kita . saya tahu awak pasti teruja . tak gitu? .tapi..biasalah,hidup didunia ni tiada yang kekal .setiap yang datang akan pergi jua . tanggal 30 nov 2011 . saya akan pergi . jadi, awak janganlah bersedih ya! .awak jalanilah hidup awak dengan cemerlangnya ketika saya masih lagi di sisi awak . saya juga tahu awak tidak akan pernah bersedih dengan pemergian saya ini kerana kehadiran sayaa juga tidak pernah awak undang .saya mengerti dan redha .apa2 pon,saya tetap akan datang dekat dengan awak . SEE YOU!!


yg mnulis;
     mr SPM 2011


Hah!! #pengsan#


************************************************************************
SPM? ramai yang kata ---> SPM=penentu masa depan??
                  
                 >>hah? yeke?<<


bagi aku TIDAK!!
SPM sama sekali tak menentukan masa depan seseorang. TAPI SPM adalah PEMBANTU bagi kita untuk meng'creat'kan masa depan kita dengan lebih mudah. itu pon kalau result gempak la kan...kalau tak gempak?
alamatnya kita kena guna jalan jauh lah kalau nak capai angan2 kita tuh . tapi still boleh berjaya jugak dalam hidup kan? see? SPM itu MEMBANTU bukan PENENTU masa depan kita. faham x apa yang aku cuba jelaskan? aku bukan apa kawan2, PENENTU (yang menentukan) masa depan kita cuma Allah .
yelah, kalau kita anggap SPM tu penentu... takut terpesong akidah nanti...wallahualam..aku pun bukan arif sangat pasal agama ni..silap tulis nanti tak memasal aku popular pulak kan...:)


aku creat entry ni bukanlah aku nak  suruh korang tak payah belajar. TIDAK! aku cuma tak nak bagi korang tensyen2 . yelah esok dah nak exam kan .mungkin satu bonus kalau En.result korang cun habiss!! (eh,guna En...tapi cun?abaikan~) korang pun boleh jalan jauh jugak (oversea).




cuma skarang ni korang pilihlah korang nak jalan jauh yang mana satu?
kalau nak yang oversea tu .. aq syorkan tutuplah tenet-menet ni sekarang dan terus amik buku..BACA!!....



ehem2..yang menaip ni pon tak sedar diri...
 okeylah aku da nak tutup ni...


GOOD LUCK FOR SPM CANDIDATE 2011!
                                      and for me toooooo!!!!!


chaw!!