IC oh IC !!!

Benda ni jadi beberapa hari yang lepas (15 Dis 2011) .masa tu aku ngan member aku ,Nazirah nak amek pereksa undang2 (teori) .lepas daftar,kitorang tunggulah sampai nama kena panggil kan (macam hosp & klinik laa). Sementara tu baca la buku undang2 tu..

Beberapa minit kemudian…
Akak kaunter 1 panggil nama sorang kakak tu…(aku nama kan kakak tu kak bedah jela ea…senang nak citer nanti…sebab entry ni pasal dia)
Akak kaunter tu cakap kat dia:
  ‘’nanti masukkan nombor IC tak payah jarak,lepas tu letak kategori Orang Awam   Malaysia’’
Then,kak bedah tu pon masuk bilik pereksa.

Tiba2~
Kak bedah keluar dari bilik pereksa terus pegi kat kaunter. Kak bedah cakap macam ni kat kaunter tu…
 ‘’Kenapa saya punya IC tak keluar2?’’
Akak kaunter 1 & akak kaunter 2 buat muka pelik. Bukan akak tu je yang buat macam tu. Dengan2 aku pon terjebak sama (muka kerot2)

Akak kaunter 1 & akak kaunter 2 berpandangan sambil angkat2 kening. Kemudian…
Akak kaunter 2: IC akak tak keluar?
Kak bedah: A’ah…IC tak keluar2
Akak kaunter 2: kejap…(sambil bangun berjalan masuk dalam bilik pereksa tu,pegi kat PC kak bedah tadi)

Pastu akak kaunter 2 keluar dari bilik pereksa sambil senyum2 then dia cakap kat kak bedah…
  “tak pe, akak masuk dulu abiskan jawab soalan..okey?”
Kak bedah akur ! (hah! Ayat karangan yang mantap da keluar! Haha!) bila kak bedah tu masuk bilik pereksa…akak2 kaunter tanpa berlengah terus bergosip…aku? Aku pasang telinga lah!!..hehehe..

AK 1: nape weyh?
AK 2: aku tak pernah jumpa lagi orang macam ni…hahaha…
AK 1: huh?!
AK 2:boleh pulak dia masukkan IC kat dalam lubang disket?..muahahahaa…
  • AK > Akak Kaunter
apalagi berderai ketawa akak2 kaunter tu..tapi masih lagi terkawal…aku dengan kawan aku tersenyum cuma…itu luaran..dalaman..toksah cerita! berdekah-dekah aku gelak...kalah ketawa jantan2 kat luar sana tuh..haha!!




Bila kak bedah habis jawab semua soalan…opkoss la dia keluar dari bilik tu kan…akak2 kaunter tu cakap kat kak bedah…

“akak,kitorang tak tau macam mana nak keluarkan IC akak tu, takot nanti PC pulak buat hal”
Kak bedah sekali lagi akur! …pastu dia terus balik…

Aku tengok jam 11.30 a.m …aik! Dari pukul 9 aku tunggu…nama aku tak naik2 ni..hmmm
Aku pandang kiri kanan sambil buat muka bosan…tiba2 aku ternampak seseorang! Siapakah?
Aku Nampak kak bedah!! Ya, kak bedah yang tadi tu…dia pegang something kat tangan dia. Apakah? Kayu besbol? Parang? Kapak?...nak pepah akak2 kaunter sebab gelakkan dia?...hehehe…taklah!! dia cuma bawak twizer! Yup hanya twizer…untuk apa? Nak amek IC dia yang terkandas tadi tu laa…nasib dia la…dapat jugak IC dia. Bila da dapat je IC dia..dia punya melompat sambil cium2 IC dia macam dapat duit juta2 !!..eh tak lah..yang tu aku memandai tambah cerita..keh3

p/s: aku tak lulus periksa undang2 waktu tu…tulah ketawa kan orang…padan muka aku!!
Markah anda: 40
Markah lulus:42/50
Keputusan: GAGAL
:'( 

       agak2 korangkan, kak bedah tu lulus tak? Kalau lulus, nampaknya aku kene ikut petua dia, masukkan IC dalam lubang disket!...


update!!!  02 feb 2012...aku amek undang2 lagi sekali..markah?
               sangat-sangat membanggakan . 49/50 . muahahaa... bijak bukan?
              
Chaw!

Sorry Mak Cik Cleaner!!!

tertanggal 18 nov 2011 (dalam kelas add math)

jabar: eh Mai! kenapa ni? *sambil senyum2
(nak ngolok aku la tuh..ciss..ciss..ciss)

nashriq : Mai, asal ni? ish aku risau laa tengok kau macam ni..nak telefon ambulans tak?  (tayang muka risau.. dia ingat muka risau tu boleh tutup muka mengolok dia? kirim salam jela.. spesies jabar jugak ni..)

tira : eh korang..tak payah nak ngolok2 boleh tak? kan Mai tengah sakit ni!


aku hanya memerhati keadaan.. malas nak campur..

nashriq : tak..aku nak buat persediaan awal jer...heh! risau nye aku..aku tak dapat nak bayang kalau bini aku nanti macam ni...

jabar : aku tak dapat nak bayang kalau kau ada bini!! hahaha..
(sempat lagi tu budak2 ni)


aku baru je nak lelap...


dayah : Mai..saket perut ea?  (aku angguk) dah makan ubat? (jwpn aku masih ditakuk lama..angguk lagi)


aku : sambil pegang tangan dayah...pegi bilik air jom!!..nak muntah..
dayah :hah?! cikgu..nak pegi tandas!





teha : cikgu dah telefon mak Mai?
T.Dely : dah,tapi tak dapat laa.tak ape, macam ni..awak bawak dia pegi kat kereta saya..



ayuna ngan dayah papah aku...sampai depan tangga jer...


blueekkkk...bluueeekkkk...bluueekkk...bluuueekkk!!!
(semua orang bertempiaran lari..mana tak nye.. aku muntah tanpa bagi signal..sory kawan2!!)


*hah! sebab tu lah aku buat entry ni..nak cakap kat mak cik cleaner sekolah aku...sory sangat2 dah tambahkan kerja makcik2 ni!! (bajet macam makcik2 tu baca blog kau!!..piirrraaahhh!!!!)


Chaw!