1001 Perasaan

          Perhhh! tajuk lagi mahu bunga-bunga kan? hahaha...geli.geli.geli !


Al-kisah..tersebutlah kisah pada tanggal 22 Disember 2012..banyak gila kot jemputan kawen masa 22 Disember ni... termasuk lah kenduri kawen untuk kakak sepupu aku. Tema dia warna purple... kalau orang-orang kita cakap warna dungu ungu! Masa 22 Disember ni, hari aku diserikan dengan pelbagai jenis perasaan.. kepenatan yang diselang-selikan dengan kegembiraan, kesedihan, keterujaan, kemaluan...eh? yang last tu pelik sikit bunyi nya..abaikan~

          Penat tak payah ceritalah..memang melekat je kat aku.. tak nak berenggang! sebab mak cik aku dia tak pakai catering. Jadi sebagai saudara yang berhampiran.. kena lah buat kerja amal kan? gotong royong masak..kemas bilik pengantin.. masukkan telur.. buat hamper untuk cabutan bertuah.. macam-macam lagi lah. Penat tapi best! masa-masa macam ni lah nak bergurau senda dengan sepupu kan? masa lain padat dengan jadual waktu di internet! alah..si perampas masa tu.. :)

          Ada satu tragedi yang berlaku ketika majlis kenduri kawen tu  berlangsung.. Boypren  aku hilang! aduh.. macam-macam rasa masa tu. Dah la tengah penat. Stress aku dibuatnya. Terus tak ada mood. Siapa amek Boypren aku? berani sungguh si dia merampas kebahagiaan aku sekelip mata? cisss! Mengganggu kosentrasi aku nak buat amal je tau!


ni la boypren aku tu.. mat pinky! ni gmbar iklan dia...


          Walaupun tak lah semahal dan secanggih handphone korang.. aku sayang mat pinky ni weh! aku punya duit raya tahun ni habis sebab nak amek dia sebagai teman hidup lah.. melayang duit raya aku. selesai macam tu jer duit raya aku.. lepas tu tiba-tiba pulak boleh hilang si mat pinky ni! gila tak terencat mood aku.. bila mak cik- pak cik tanya dah jumpa ke belum si mat pinky ni.. aku macam tak ada mood nak jawab. Mood aku telah diragut oleh si perampas boypren aku tuh!

          Dalam kepala dengan hati aku masa tu dok berfikir...siapa yang amek? pulang la weh! banyak rahsia dalam tu! pulang la..pulang la.. Dalam pukul 5.00 petang aku teringat sesuatu! kredit aku dalam sim kad tu banyak.. RM 70++ . banyakkan? terima kasih lah kepada ayah yang sudi "menopup" setiap bulan RM30. Tapi sekarang tidak lagi. Aku buat share top pup je dengan mak aku. Bila dah teringat tu aku tanya la ayah aku dia tahu tak macam mana nak block nombor tu. Ayah aku suruh tanya abang aku. Begini lah dialog aku dengan abang aku...

Aku: eh, tahu tak nombor maxis yang untuk servis-servis tu? (ayat yang tungang-langgang tu         akibat tak ada semangat)
Abang: Entah! mana aku tahu.. kau nak buat apa?
Aku: Nak block nombor..
Abang: Nombor siapa?
Aku: Ye nombor aku lah!
Abang: apahal?
Aku: hilang!

*abang aku terus berhenti cuci pinggan, dia ikut aku pergi bawah kemah yang ada ayah aku..

Abang: kenapa?
Ayah: Handphone dia hilang..

TIBA-TIBA!!!
Abang aku keluarkan boypren aku letak atas meja dengan muka selamberr...Lega memang lah lega! tapi panas jugak lah hati aku ni.. orang huru hara cari mat pinky aku.. dia boleh buat deeekkkk je! ciisssss...

          selesai satu kes..satu lagi kes yang dah mewarnai hidup aku untuk hari tu.. boleh pulak selipar aku terkelepet (terlipat bahagian depan) masa aku tengah bawak dua gelas air (tangan kiri kanan) dan hampir tersungkur! nasib baik masa tu dah petang tak ramai sangat orang...tak ramai orang pun malu jugak lah sebab airnya tumpah ke baju dengan tudung.. mandi aku petang-petang dengan air manis.. adoi~ tragis lah!

p/s: kalau pergi jemputan kawen handphone jangan sepah-sepah.. letak dalam beg. tak pun gantung kat leher. ada paham? hah! lagi satu.. kalau ye pun haus.. jangan tamak sangat amek dua cawan. satu cukup lah! :)

AKU MACAM DAH FOBIA DENGAN KENDURI KAWEN!!!


chaw!

No comments: