Ada Apa Dengan Amir?

AMIR... nama yang selalu sangat ikut aku dalam kehidupan aku di dunia ni.. dari aku kanak-kanak sampai aku da jadi warga belia... kemana-mana aku pegi... nama ni mesti wujud punya!

          Masa aku kanak-kanak..abang sedara aku ngan adik sedara aku nama diorang ada 'Amir' . Yang sorang nama Amiruddin sorang lagi Amir Asyraf. Tak cukup dengan itu, masa aku darjah 6 muncul lagi sorang Amir...Amirullah kawan sekelas sekolah petang  (sekolah agama> panggil sekolah petang sebab waktu sekolahnya sebelah petang)  sebenarnya budak Amir ni dah wujud lama dah.. tapi aku baru terperasan yang dia ada kat keliling aku masa aku darjah 6. Sorry ye Amir... Itu pun sebab secara tiba-tiba ada satu gosip yang tersebar luas mengatakan bahawa aku ni ada 'apa-apa' dengan Amir tu.. eh?! pelik tak pelik lah kan.. aku tak kenal pun budak ni tiba-tiba ada gosip yang boleh menyebabkan mak aku main kejar-kejar dengan aku kat sekolah.. nasib baik mak aku tak dengar gosip-gosip liar ni..



          Aku pulak kalau dah digosipkan..serius weh! aku takkan bertegur dengan budak yang kena gosip dengan aku tu. Malu wok! Yang paling tak boleh bla masa tu...biasa la budak-budak baya aku dulu. Aktiviti paling popular kitorang masa tu 'Mintak Biodata' kawan-kawan. Aku nak mintak biodata si Amir tu..yela kawan aku kot. Semua kawan-kawan aku punya biodata aku dah mintak.. takkan lah aku tak mintak biodata dia kan? dia siapa? kawan aku jugak! tapi malu punya pasal...gosip tu lah! siapa suruh wujud? buat susah aku jek! dek kerana nak jugak biodata dia...aku tak mintak secara terang-terangan (haru kalau buat terang2. mulut budak-budak kelas bukan reti senyap) nak tau aku buat macammna?

  #Aku tulis surat kat dia. Tulisannya lebih kurang macam ni (aku tak ingat sangat)...

helaian 1>> Assalamualaikum..nak mintak biodata boleh? tolong isi kat muka surat sebelah

helaian 2>>  Nama:........................
                       Umur:........................
                       T.Lahir:......................
                       Alamat:.......................
                       No.Tel:.......................
                       Cita-cita:.....................
                       Hobi:...........................

Comelkan aku dulu-dulu? puiih! sekarang ni bila aku fikir balik.. adoilah~ makin malu ada la kot!
          Sampai sekarang biodata tu ada lagi... korang nak tau? biodata dia sorang je yang tinggal tau.. sebab dia tak tulis dalam 'Buku Biodata' tu.. dan sebenarnya 'Buku Biodata' tu dah hilang. Pelik! kertas sehelai tak hilang pulak? buku sekebat boleh hilang? hurmmm... tak tau lah aku nak kata apa. Mungkin masa packing buku lama-lama yang nak jual terkaut sekali 'Buku Biodata' tu kot.

          Aku punya cerita dengan budak Amir ni banyak. Gosip 'gila' tu punya pasal lah! Kesannya sampai aku masuk sekolah menengah masih ada lagi cerita tu. Nak dijadikan cerita, aku dengan si Amir ni boleh pulak satu sekolah. Alhamdulillah tak satu kelas! Dia dok kelas 1st. Aku kelas 2nd. Masa cikgu bahagikan kelas.. aku perasan macam mulut aku sorang terkumat-kamit baca doa. " Ya Allah, tolonglah... aku tak nak satu kelas dengan dia" malu okey MALU! siapa lah agaknya yang buat gosip ni ye? mengganggu ketenteraman hidup aku betol!

          Cuma beberapa minggu je hidup aku tenang dekat sekolah baru tu... entah macam mana gosip yang sama muncul balik.. pulaknya masa tu si Amir tu kira hot la untuk batch kitorang. Tak pasal-pasal ramai budak perempuan yang hot-hot cari aku. Aku dah cuak da time tu. Aku ni budak yang asalnya dari kampung.. Memang blur habis la. Aku dah macam budak bodoh yang tak reti nak berkawan. So, bila budak-budak hot datang cari aku, menggeletar jugak la kepala lutut aku. Dia punya tanya macam nak gaduh. Sape tak takut weh? (aku nak merakamkan berjuta-juta terima kasih dekat si Amir yang telah memberikan aku pengalaman pelik tu) kawan baru aku cakap kat aku.   " mai, kau tak payah layan budak-budak tu. tu semua tu..jeles dengan kau je"  . Aku sikit punya blur bila kawan aku kata macam tu. Kenapa diorang tu nak jeles dengan aku? aku ni tak lah hot macam diorang. Budak kampung je! memang skema la aku masa mula-mula masuk sekolah menengah dulu.



          Tapi... aku rasa bersyukur sangat sebab si Amir tu dapat tawaran pergi MRSM dan dia pun terima tawaran tu. Memang lega sangat-sangat hati aku waktu tu. So lepas tu terus senyap gosip pelik tu. Pelikkan gosip tu? Tak ada angin tiba-tiba je pokok boleh bergoyang. Aku tak pernah bertegur pun dengan si Amir tu (seingat aku lah) . Kalau ada pun masa dia nak beli makanan dekat Koperasi sekolah Agama dulu. Pulaknya masa tu aku tolong cikgu jual kat koperasi tu. Tu aje rasanya. Entah lah malas fikir. Serabut!

          Ketenangan aku diragut sekali lagi dengan kembalinya Amir ke sekolah aku masa Tingkatan 4. Khabarnya disebabkan kesihatan dia yang tak berapa memuaskan parents dia. Huru-hara jugak lah sekolah tu. Budak-budak lama sekolah tu yang tahu pasal gosip dulu-dulu, dah mula kecoh balik. Aku dah bengang dah time tu. cerita lama buat apa digali semula? Benci lah korang. Memang suka tengok aku tak tenteram agaknya? Tapi cerita tu sekejap je. Tak sampai seminggu sebab Amir yang tolong tenangkan keadaan. Ada berita yang Amir couple dengan junior masa tu. "SELAMAT" kata hati aku.  fuhh! memang lega habis la.. dan sekarang kami kawan! kawan dengan tenang tanpa dihiasi gosip disekeliling... tapi cuma dekat muka buku je yang kami rancak berbual. Bila jumpa in real life berbual jugak. tapi formal habis! hahaha... sampai sekarang aku segan nak tengok muka dia. MALU ngek! 'Gosip' tu la... ngada-ngada! siapa suruh kau keluar dari perut bumi? hish!  BUT..kadang-kadang aku paksa jugak kepala aku menghadap dia bila bercakap sebab aku tak nak lah dia ingat yang aku ni syok kat dia. ouh! mintak dijauhkan...


          Ini kali, cerita aku dengan Amir yang lain pulak. Aku tak tau apa nama penuh dia. Ini cerita pasal gosip pelik lagi. Cuma bezanya, kali ni aku tahu siapa yang buat gosip ni. Kawan sekelas aku, Azie! cerita dia mcm ni.....
          
          Aku dapat masuk Form 6. Waktu tu cikgu nak cari Majlis Perwakilan Pelajar Pra-Universiti (MPPPU) ... cikgu suruh siapa-siapa yang nak jadi MPPPU buat resume macam nak mintak kerja. Tulis lah apa jawatan yang kita nak. Siapa yang hantar resume nanti akan ada sesi temuduga dengan cikgu-cikgu yang mentadbir MPPPU ni. Aku tak hantar resume sebab aku tahu tahap kebolehan aku...berat kerja kalau jadi MPPPU ni. Result akademik pon kena gempak. 

          Untuk jawatan Biro Dakwah cuma ada sorang je yang mintak, Amir. Conferm-conferm menang tanpa bertanding budak nih! Dia ni boleh lah.. gaya ala-ala ustaz tu dah ada. Gosip aku dengan dia ni cuma budak kelas aku je tau sebab aku dah warning budak-budak ni. Aku cakap kat diorang yang aku tak suka benda-benda gini. Kenapa aku yang digosipkan? Aku pon tak tahu sebabnya... mungkin untuk suka-suka? sumpah aku tak suka!

           Dengan tiba-tiba, ribut mana datang agaknya. Habis tempias kena kat aku gosip pelik tu. Serius weh! aku rasa macam nak menjerit kuat-kuat  " AKU TAK SUKA LAH!!!" hati aku memberontak gila-gila. korang ingat senang ke nak hadapi gosip ni? susah tahu tak? sebab tu aku tak suka! aku benci ! dan disebabkan gosip aku akan menjalani kehidupan yang tak tenang! (perhh! bajet macam retis je banyak gosip. HAHAHA!) eh tapi betul! aku tak suka.. rimas tahu rimas? sebab tu aku tak suka couple-couple ni. Tak couple pun gosip dah melekat dekat aku inikan pula kalau aku main couple-couple. Tak larat la weh aku nak layan gosip budak sekolah ni. 

Okey..Amir yang lain dalam hidup aku, korang layan gambar-gambar kat bawah ni....


Amir Khan
Pernah minat dia masa dulu-dulu. Tapi sekarang tidak lagi!

Diana Amir
Antara artis perempuan yang aku minat. Walaupun nama dia bukan Amir. Nama bapak dia pon boleh la. Amir jugak!


p/s: aku bukan nak bangga aku ada banyak gosip...aku cerita sebab aku nak kawan-kawan aku tahu cerita sebenar disebalik gosip tu. (macam kawan aku baca je blog aku ni) Aku tak nak benda ni dipanjangkan lagi. AKU RIMAS!

Chaw!

     

No comments: