Bahana Cerita Korea

fuhhh..fuhhh... tebalnya habuk kat blog aku ni.
ketandusan idea..haha.. sebenarnya malas nak menaip sebab bukan hobi aku menaip-naip nih!
yelah, memandangkan tujuan utama aku buat blog cuma untuk tempat jari-jari aku ni menari sesuka hati je.
OK! no heart feeling.. (eh.eh. tibe2)

Stop intro.. kita terus kepada tajuk entry kali ni.

>>BAHANA CERITA KOREA<<

Adalah satu hari tu, aku tengok cerita Full House. Sebenarnya dah banyak kali ulang cerita ni. Saja menggedik nak tengok lagi. Sebab cerita ni tak banyak sangat censorednya . Itu pasallah ulang banyak kali . Disebabkan khusyuk sangat mengadap cerita tu, sampai terlupa nak tengok jam. Tiba2 henset aku bunyi sebab dah full charge. masa tu baru terperasan jam dah pukul 3.15 pagi. Hambek kau! last2 buat keputusan lepas subuh baru nak tidur. Kalau aku tidur pukul 3.15 ni. Kompem2 subuh aku terlajak. Memang panas la telinga dengar mak + ayah aku beleter. 

          Dekat tempat aku ni subuh dalam pukul 5.30. cerita full house ni habis dalam pukul 5.15. hah! cantek sangat la tu...



          Lepas azan subuh aku bersihkan diri dulu baru solat subuh . Ayah je yang tau aku tak tidur malam tu sebab masa tu ayah kurang sihat. Asik batuk-batuk je. Jadi, tak selesa la nak tidurkan? masa ayah nak pergi dapur mungkin dia ternampak bahagian ruang TV ni masih terang benderang. Padahal masa tu dah pukul 4.30 pagi . Ayah jenguk sekejap. Mungkin niatnya nak tutp lampu tapi tiba2 nampak aku. Ayah terus geleng kepala sambil cakap "ni kenapa tak tidur lagi ni? kalau mak tahu ni.". ceyh! kalau mak tahu kompem ayah la yang bagi tahu kan? hahaha.. lebih kurang dalam pukul 6.00 la aku tidur..



Aku bangkit dalam jam 1130 . keluar bilik je terus kena beleter dengan mak sebab tak tolong buat sarapan. 

  mak : anak dara apa lah ni matahari dah tegak kat atas kepala baru nak bangun! ni kalau kat rumah mak mertua macam ni...bla..bla..bla...
             (typical mak2 kalau beleter kat anak dara diorang kan?)

Dan aku? kalau dengar mak dah mula cakap 'mak mertua' , tak pun pasal 'kawen'...sehabis daya aku elak. masuk bilik air ( walaupun tak ada tujuan yang khas) . pergi belakang rumah tengok binatang-binatang yang abang aku beli atau kawan dia kasi TAPI ayah dengan mak yang bela sebab dia belajar kat Shah Alam. 

Aku elak bila mak cakap bab-bab ni sebab aku muda lagi kot! baru 18 tahun untuk tahun ni la. Agaknya dah tak sabar sangat ke mak aku ni nak dapat menantu? haish.. abang-abang aku pun tak lepas lagi.. boypren pun aku tak dak.. geli lah cakap pasal ni time muda belia ni. macam tak sesuai. Lain la kalau umur aku dah 20++ . Memang aku tadah telinga je la...

disebabkan cerita FULL HOUSE ni. tak pasal-pasal mak beleter benda 'pelik-pelik' ni kat aku. lepas ni taubat la aku nak tengok cerita Korea sampai pagi. memang tak akan! paling-paling pun sampai pukul 1.00 . hehehe... 

Chaw!



No comments: