Petua Cantik (mudah)


CANTIK... cantik itu sesuatu yang sangat-sangat subjektif...

          Setiap orang mendifinisikan cantik itu dengan cara yang berlainan... ada seseorang cakap aku ni cantik ... serius aku terkejut! aku terkejut sebab ramai gila yang bangkang statement tu.. cisss!

          Kenapa aku dan ramai lagi orang kat luar sana tu setuju dengan 'cantik itu subjektif '? sebabnya...cop..cop..cop.. aku nak korang bayangkan...

          Okey macam ni...memang tak dinafikan, ramai yang cakap adik sedara aku ni cantik budaknya. Mesti ramai punya yang nak dia ni. Okey guys, let's think about if all men want to take her as a wife  (tibe2 teringin nak speaking, tapi hancur! ) ... habis tu siapa yang nak jadikan aku ni wife diorang? eh?! kenapa mesti aku? pembetulan... habis tu siapa yang nak jadikan korang wife?  *ada bau ikan tak? :)

          Merujuk kepada tajuk entry ni.. Petua yang aku nak bagi kat korang ni mudah jer... senang gila nak jadi cantik tau! borak-borak, jalan-jalan dengan orang yang korang rasa dia punya cantik kurang. Aku yakin korang akan bangga dan berkeyakinan bila jalan sebelah dia sebab memang comferm korang akan rasa, korang lah yang cantik... korang lah yang paling menyerlah daripada dia... hahaha!
 *walaupun itu hanyalah perasaan korang semata... jadilah kan? daripada tak pernah rasa jadi cantik?



          "tapi Mai, aku punya kawan kat keliling semua cantik-cantik belaka, macam mana?"  pulak dah... takkan sorang pon tak ada yang cantiknya kurang? serius ke memang tak ada? hurmmmm... tak apa la, korang boleh cari aku.. jalan lah sebelah aku... aku redhakan je... :(


Chaw!




No comments: