Jalan - Jalan

hah! ini kisah 3 hari yang lepas... entah kenapa tiba-tiba aku ajak mak dan ayah aku keluar jalan-jalan ke bandar. Bila dalam kereta ayah tanya " nak pergi mana ni?" . Dengan pantas dan tangkas aku menyambar soalan tu (teruk betul BM aku) "ermmm...pergi Joe Burger la yah" . eh?! kenapa tiba-tiba Joe Burger jadi pilihan? mungkin sebab aku tak pernah makan kat situ lagi... "nak pergi makan eh?" ayah tanya lagi.  cepat-cepat aku tengok jam... -7.45 p.m.-  "kita belum makan malam lagi kan? " . bagus la anak dara sorang ni... soalan dijawab dengan soalan. SUPERB!

     Joe Burger... dah bertahun kedai tu bertapak kat Pontian ni... 3 hari lepas aku baru nak pergi sana. nampak sangat ketinggalan! dah sampai Joe Burger..boleh pulak kilat sabung-menyabung, guruh berpekik-pekik (jangan percaya! ini semua dusta) . Realitinya cuma angin kuat tanda nak hujan je. Aku order chicken chop <- perasan budak bandar, padahal.... (^.^) Mak dan ayah aku jenis yang low profile. So, diorang order martabak & nasi lemak kukus masing-masing...

ini lah rupa chicken chop yang aku order.
menyelerakan kan?
memang enak!
5/5 bintang aku kasi...

Aku cuma amik gambar makanan aku je.. yang ayah & mak punya makanan aku terlupa nak snap. Bila teringat nak snap, pinggan masing-masing dah kosong...hahaha!

Lepas perut kenyang..destinasi yang seterusnya kedai RM2. Aku nak beli bola je pada mula asalnya... bila dah masuk kedai.. nampak barang macam-macam...huh! biasa la perempuan.. tapi kalau jenis aku, boleh kawal lagi.. aku cuma amik bola je. Nafsu aku banyak pada makanan bukan pada barang. Siapa-siapa yang nak ajak aku shopping korang kena fikir banyak kali. Aku jenis yang tak reti nak jalan lama-lama. Nanti mulut aku automatic bising sebab penat. Mak aku sendiri cakap kalau dia pergi shopping bawa aku, duit dia mesti tak banyak luak. Mana kan tidak? kalau mak aku pegang benda yang tak ada dalam senarai barang nanti aku tegur. "beli barang yang dalam list dulu" selalu ayat ni yang keluar. Bila barang dalam senarai dah setlte, terus ternampak counter. Jadi, sesi bersuai kenal dengan barangan yang lain tidak ada! Maka tiadalah episod percintaan antara manusia dan barang yang tidak diperlukan. 

ini bola RM2 yang aku beli..
aku dah modified sikit..

      Ada sebab kenapa aku beli bola...sebab aku nak main bola la...hahaha! Actually BMI aku 25.6 ... TAK NORMAL! aku nak normalkan BMI aku.. dan disebabkan aku ni jenis pemalas nak bersenam kat luar. aku beli bola ni.. boleh main kat dalam rumah. Jangan risau pasal pasu-pasu ni semua. rumah aku kurang barang-barang yang berunsurkan kaca (tingkap jela). Sebabnya abang aku selalu letak kucing-kucing dia dalam rumah. Langkah selamat > beli pasu zink/ tanah liat. Selamat pasu, selamat duit, selamat kucing tak kena belasah! (>_<)

Chaw!

Kesimpulannya..

Senarai ringkas pakwe-pakwe aku...
*nampak sangat syok sendiri...


pangkat adik-adik semua ni


nah! hadiah sorang satu...

*tapi.. Rayyan share dengan adik ya? tak mau gaduh-gaduh OK..
bagus anak Mummy Rita ni..


abang Rayyan dan adik Arjuna yang macho...


adik Juna yang comel

abang Rayqal yang stylo..

adik Saif yang manis.. SWEET je muka!

macam mana agaknya muka budak-budak ni bila besar nanti ya? hurmm.. makin ramai laa jejaka idaman Malaya nanti... semoga mereka ini dilengkapkan lagi dengan akhlak yang terpuji dan menjadi anak soleh... insyaAllah.. doaku mengiringi kalian selalu...Ameen!

Chaw!

My boyfriends ! 4

Hari ni dah tak tahu nak buat mukadimah apa...
So, teruslah layan gambar-gambar ni ye...
mesti melting punya tengok pakwe den yang ni...
comel..comel..comel..

alolololo.... hensem nya dia!
dah melting belum?
jom tengok lagi..


hai! nama saya Bakti Arjuna Fitri
cute kan nama saya?
macam saya kan?


anak kak Fynn Jamal & abang Tri
awat la comel sangat anak hampa ni kak ping!!
jom usha gambar budak kecik ni lagi..


buat muka gangster~
Juna!! mata tu, mata tu..buat aku cair je.. adoii~


fuhh! senyumanmu... tetap menjadi pujaan hatiku~


Kalau aku ada anak buah/ adik sedara macam ni.. memang jadi mangsa peluk cium la hari-hari.. tu pipi tu.. macam mintak gigit je? geram aku la..kalau aku dapat budak ni aku cium sampai nangis budak ni aku kerjakan... hahaha... ampun kak Ping!! :D

macam biasa lah sumber gambar daripada instagram daddy Juna dan mummy Juna ...

UPDATE!

yeayy!! aku jumpa budak kecik ni punya video... sorry for the low quality of the video...

video

video ni amik kat keek kak Fynn Jamal.. comelnya Juna!!


p/s : entry ni untuk suka-suka je ya... jangan saman saya! :)

Chaw!

My boyfriends ! 3

jeng.. jeng.. jeng.. cer teka siapa pulak kali ni aku punya boyfriend ?
    hari ni nak share boyfriend aku yang manis ni...
         hobi dia> senyum! cer tgok gambar ni...

comel  kan?

anak UMMI Dena...hai Ummi..apa kabar?

nama saya Saif Amaan Daniyal

Kak Dena.. kite amik gambar anak awak ye? geram sangat tengok baby boy awak ni... comel sesangat! I adore his smile~ sweet boy... semoga menjadi anak yang soleh kepada ummi dan abah ya Saif? Ameen.. insyaAllah.

semua gambar hasil daripada stalk instagram ummi Dena  :)

UPDATE!

video Saif yang comel ni amik kat keek ummi dia... layan budak manis ni jom! sorry for the low video quality :)


video


p/s : entry ni untuk suka-suka je ya... jangan saman saya!

Chaw!

My boyfriends! 2

Haaa.. kali ni aku nak tunjuk boyfriend aku yang stylo-mylo pulak..
 nama dia Putera Rayqal Ramli ... kali ni hero kepada mummy Nora Danish.. wink2~
 diulangi.. MUMMY Nora Danish! hurmm.. nmpk gaya nya semua jadi Mummy aku.. 
padahal pangkat kakak je Nora Danish tu dengan aku... hehe... orang kata...
kalau nak anak kena pikat maknya dulu.. haha! (mcm xde kait je?)






like a korean right?


tendang bola pon bergaya..  cute!


Korean theme... SUPERB! handsome boy..


see? I've told you.. he is a stylo-mylo boy... 


handsome +cute + stylo = perfect baby boy  :)


Gambar, ihsan daripada instagram Nora Danish (hot mama) ...

UPDATE!

nah amik la video budak stylo ni... aku rakam guna phone aku yang murah tu... sorry for the low quality of the video :)


video

video ni aku amik kat keek bettyrahmad...kawan kepada mummy Nora Danish.. :)

p/s: entry ni untuk suka2 je...jangan saman saya! :)

Chaw!

My boyfriends !

Selama ni.. kalau aku online aku mesti stalk boyfriend-boyfriend aku...
    Kenapa boyfriend-boyfriend? sebab ramai laa.. keliling pinggang kot~  :)
         okeyy..ni nak tunjuk boyfriend kita yang pertama dengan yang kedua...



Airit Rayyan Rizqin & Airit Rafqa Arjuna
(hero-hero Rita Rudaini)

comel + hensem kan pakwe2 aku ni? hahaha...
       hai mummy Rita! dan-dan panggil mummy... :)
             lagi gambar mereka...


Rayyan adalah peminat tegar angrybird! setiap kali aku tengok patung-patung angrybird mesti teringat kat dia.. elok dulu aku tak minat main game angrybird tu.. disebabkan Rayyan, aku boleh suka pulak dengan game tu.. Rayyan ni pengaruh kuat la...hahaha! * Rayyan dipersalahkan...LOL!      
  
hensemnya awak ni Rayyan.


sumber gambar : instagram Mummy saya! oppss... tersilap! Mummy Rayyan & Arjuna... hahaha..

UPDATE!
baru-baru ni aku terjumpa satu video.. mummy diorang yang upload video tu dekat keek! Jom layan..


video

sorry la.. keek tak boleh download video..so aku rakam pakai phone aku yang murah tu je... low quality of video...

p/s: entry ni untuk suka-suka je ya.. jangan saman saya! :)

Chaw!

Otak~

Kenapa hari ini aku rasa macam otak aku ni tak boleh nak fikir apa-apa...
    KOSONG...
          KOSONG...
                 KOSONG...
 wahai otak, bekerjasama lah dengan tuan mu ini.. banyak lagi kerja yang tertangguh ni.. 
 wahai otak, jalankan tugas mu dengan segera.. idea, tolong la bantu si otak ini.. 
 Allahuakbar! sehabis blank otak aku hari ni.. fikir..fikir..fikir...

            setakat ni aku cuma boleh fikir satu benda... Sabtu ni dah mula CUTI sekolah! yeah!! seminggu beb...masyuukkk~  *tak berapa nak masyuukkk sangatlah! cuti nanti ada kelas ya... :D  yeeaayyy! saya suka pegi sekolah time cuti-cuti macam ni... LOL!

Chaw!


Pasangan...

Setiap apa yang ada di dalam dunia ni diciptakan dengan pasangannya masing-masing...

“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.” Surah Yaa Sin : Ayat 36

Siang ... Malam
Pagi ... Petang (eh?! ada ke?)
Pasang ... Surut
Kanan ... Kiri
Depan .. Belakang
Jantan ... Betina
Lelaki ... Perempuan
dan sebagainya

Perhh! intro aku hari ni.. sangat berbunga~
sebenarnya , hari ini aku nak bagi tahu sikit pasal  >>dia<<

Aku mula minat dia masa aku tingkatan 4 sampai sekarang...
dan dia tak pernah tahu tentang ini...
aku pernah sekelas dengan dia semasa di tingkatan 5...

waktu tu, aku rasa macam nak datang sekolah hari-hari kalau boleh...
tapi rahsia yang satu tu tetap tersimpan rapi...

apa yang aku boleh nampak dengan mata aku...
dia seorang yang pemalu dan tak banyak cakap...
tapi kuat mengolok (ni bahasa orang kampung aku, kalau bahasa bakunya menyakat)...
kalau nak cari gambar dia, agak payah...
mungkin dia tak suka bergambar <- pendapat aku lah...

dari pengamatan aku lagi...
perbezaan aku dan dia sangat banyak...
sampai aku rasa... entahlah!

Dia seorang yang kaya.... tapi aku?
Dia seorang yang bijak pandai.... tapi aku?
Dia seoarang yang Handsome (ramai yang kata) .... cantik ke aku? :'(

nak senang cerita, bila aq tambah, tolak, darab, bahagi... perbezaan antara aku dengan dia memang nampak sangat ketara... apa penyudahnya kelak?



Dari segi agama pulak...
Aku dan dia mempunyai agama yang berbeza... mungkin ini peluang untuk aku berdakwah?
persoalannya... macammana nak berdakwah sedangkan bercakap pon kami tak pernah?
sebabnya.. aku ni jenis pemalu nak bercakap dengan lelaki..
lagi-lagi dengan lelaki yang tak berapa nak rapat  :)

Okey la... nak sedapkan cerita lagi... sebenarnya aku yang minat dia... bagi pihak dia, aku tak pasti pula...
ni kira entry syok sendiri laa...
kalau kitorang berselisih dekat sekolah..SENYUM! lepas tu dia tengok lantai..aku tengok lantai.. apakah?
hahaha...
jadi, bagaimana? apa yang harus aku buat? lupakan dia?

Keputusannya...
ini sahaja yang aku mampu buat...
  • Berdoa supaya Allah SWT memberi taufiq & hidayah kepada dia agar dia dapat melihat kebenaran Islam sekaligus memeluk agama Islam. InsyaAllah suatu hari nanti... tiada yang mustahil bagi Allah SWT.
  • Aku sentiasa berharap yang si dia memeluk agama Islam bukan sebab terpaksa atau disebabkan oleh seseorang... biarlah dengan hatinya yang rela...
  • Aku akan sentiasa berdoa (insyaAllah) walaupun dia ditakdirkan bukan untuk aku...
psssttt ! aku rasa hari ni aku punya fikiran luar alam la... kenapa tiba-tiba aku cakap pasal benda ni? musykil tahap infinity ni... (@.@)

Chaw!