Jalan - Jalan

hah! ini kisah 3 hari yang lepas... entah kenapa tiba-tiba aku ajak mak dan ayah aku keluar jalan-jalan ke bandar. Bila dalam kereta ayah tanya " nak pergi mana ni?" . Dengan pantas dan tangkas aku menyambar soalan tu (teruk betul BM aku) "ermmm...pergi Joe Burger la yah" . eh?! kenapa tiba-tiba Joe Burger jadi pilihan? mungkin sebab aku tak pernah makan kat situ lagi... "nak pergi makan eh?" ayah tanya lagi.  cepat-cepat aku tengok jam... -7.45 p.m.-  "kita belum makan malam lagi kan? " . bagus la anak dara sorang ni... soalan dijawab dengan soalan. SUPERB!

     Joe Burger... dah bertahun kedai tu bertapak kat Pontian ni... 3 hari lepas aku baru nak pergi sana. nampak sangat ketinggalan! dah sampai Joe Burger..boleh pulak kilat sabung-menyabung, guruh berpekik-pekik (jangan percaya! ini semua dusta) . Realitinya cuma angin kuat tanda nak hujan je. Aku order chicken chop <- perasan budak bandar, padahal.... (^.^) Mak dan ayah aku jenis yang low profile. So, diorang order martabak & nasi lemak kukus masing-masing...

ini lah rupa chicken chop yang aku order.
menyelerakan kan?
memang enak!
5/5 bintang aku kasi...

Aku cuma amik gambar makanan aku je.. yang ayah & mak punya makanan aku terlupa nak snap. Bila teringat nak snap, pinggan masing-masing dah kosong...hahaha!

Lepas perut kenyang..destinasi yang seterusnya kedai RM2. Aku nak beli bola je pada mula asalnya... bila dah masuk kedai.. nampak barang macam-macam...huh! biasa la perempuan.. tapi kalau jenis aku, boleh kawal lagi.. aku cuma amik bola je. Nafsu aku banyak pada makanan bukan pada barang. Siapa-siapa yang nak ajak aku shopping korang kena fikir banyak kali. Aku jenis yang tak reti nak jalan lama-lama. Nanti mulut aku automatic bising sebab penat. Mak aku sendiri cakap kalau dia pergi shopping bawa aku, duit dia mesti tak banyak luak. Mana kan tidak? kalau mak aku pegang benda yang tak ada dalam senarai barang nanti aku tegur. "beli barang yang dalam list dulu" selalu ayat ni yang keluar. Bila barang dalam senarai dah setlte, terus ternampak counter. Jadi, sesi bersuai kenal dengan barangan yang lain tidak ada! Maka tiadalah episod percintaan antara manusia dan barang yang tidak diperlukan. 

ini bola RM2 yang aku beli..
aku dah modified sikit..

      Ada sebab kenapa aku beli bola...sebab aku nak main bola la...hahaha! Actually BMI aku 25.6 ... TAK NORMAL! aku nak normalkan BMI aku.. dan disebabkan aku ni jenis pemalas nak bersenam kat luar. aku beli bola ni.. boleh main kat dalam rumah. Jangan risau pasal pasu-pasu ni semua. rumah aku kurang barang-barang yang berunsurkan kaca (tingkap jela). Sebabnya abang aku selalu letak kucing-kucing dia dalam rumah. Langkah selamat > beli pasu zink/ tanah liat. Selamat pasu, selamat duit, selamat kucing tak kena belasah! (>_<)

Chaw!

No comments: