Pasangan...

Setiap apa yang ada di dalam dunia ni diciptakan dengan pasangannya masing-masing...

“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.” Surah Yaa Sin : Ayat 36

Siang ... Malam
Pagi ... Petang (eh?! ada ke?)
Pasang ... Surut
Kanan ... Kiri
Depan .. Belakang
Jantan ... Betina
Lelaki ... Perempuan
dan sebagainya

Perhh! intro aku hari ni.. sangat berbunga~
sebenarnya , hari ini aku nak bagi tahu sikit pasal  >>dia<<

Aku mula minat dia masa aku tingkatan 4 sampai sekarang...
dan dia tak pernah tahu tentang ini...
aku pernah sekelas dengan dia semasa di tingkatan 5...

waktu tu, aku rasa macam nak datang sekolah hari-hari kalau boleh...
tapi rahsia yang satu tu tetap tersimpan rapi...

apa yang aku boleh nampak dengan mata aku...
dia seorang yang pemalu dan tak banyak cakap...
tapi kuat mengolok (ni bahasa orang kampung aku, kalau bahasa bakunya menyakat)...
kalau nak cari gambar dia, agak payah...
mungkin dia tak suka bergambar <- pendapat aku lah...

dari pengamatan aku lagi...
perbezaan aku dan dia sangat banyak...
sampai aku rasa... entahlah!

Dia seorang yang kaya.... tapi aku?
Dia seorang yang bijak pandai.... tapi aku?
Dia seoarang yang Handsome (ramai yang kata) .... cantik ke aku? :'(

nak senang cerita, bila aq tambah, tolak, darab, bahagi... perbezaan antara aku dengan dia memang nampak sangat ketara... apa penyudahnya kelak?



Dari segi agama pulak...
Aku dan dia mempunyai agama yang berbeza... mungkin ini peluang untuk aku berdakwah?
persoalannya... macammana nak berdakwah sedangkan bercakap pon kami tak pernah?
sebabnya.. aku ni jenis pemalu nak bercakap dengan lelaki..
lagi-lagi dengan lelaki yang tak berapa nak rapat  :)

Okey la... nak sedapkan cerita lagi... sebenarnya aku yang minat dia... bagi pihak dia, aku tak pasti pula...
ni kira entry syok sendiri laa...
kalau kitorang berselisih dekat sekolah..SENYUM! lepas tu dia tengok lantai..aku tengok lantai.. apakah?
hahaha...
jadi, bagaimana? apa yang harus aku buat? lupakan dia?

Keputusannya...
ini sahaja yang aku mampu buat...
  • Berdoa supaya Allah SWT memberi taufiq & hidayah kepada dia agar dia dapat melihat kebenaran Islam sekaligus memeluk agama Islam. InsyaAllah suatu hari nanti... tiada yang mustahil bagi Allah SWT.
  • Aku sentiasa berharap yang si dia memeluk agama Islam bukan sebab terpaksa atau disebabkan oleh seseorang... biarlah dengan hatinya yang rela...
  • Aku akan sentiasa berdoa (insyaAllah) walaupun dia ditakdirkan bukan untuk aku...
psssttt ! aku rasa hari ni aku punya fikiran luar alam la... kenapa tiba-tiba aku cakap pasal benda ni? musykil tahap infinity ni... (@.@)

Chaw!

     


No comments: