Zaman kanak-kanak

masak selalunya mesti dan pasti akan dikaitkan dengan perempuan... dah sinonim dah..asal masak je perempuam..asal perempuan je masak...kan?

hari ni aku nak kongsi sikit la pengalaman aku masa kanak-kanak riang dulu. memang hari-hari memasak! periuk nenek aku jadi mangsa. haha! yelah... aku ni budak kampung. dulu mana ada merasa nak main game dalam komputer tu. bila sepupu-sepupu da balik rumah masing-masing..haa..masa ni lah operasi pedajal barang dapur nenek aku dimulakan. best kot! aku ni jenis suka buat jahat sorang-sorang.. pelikkan? masa ada sepupu semua ada kitorang main kejar-kejar, semunyi ibu dan yang seangkatan lah.. permainan yang x gunakan peralatan. okey.. kecik-kecik dulu aku tinggal dengan nenek aku sampai lah mak cik aku yang jaga aku tu kahwin...aku kira rapat dengan mak cik aku lah. dengan mak aku pon rapat jugak. tapi selalu menggedik dengan mak cik aku. :) lepas dia kahwin dia pindah ikut suami dia.. aku tinggal dengan mak ayah aku lerr...

zaman dah moden sikit guna benda ni

part yang paling best sekali.. curi-curi masuk dapur > amik sudu > sorok dalam baju > keluar dapur > buat muka tak bersalah. part ni paling syok! pastu kat belakang rumah bentang tikar..susun batu-batu (konon-konon dapur) letak periuk atas batu.. cari daun (sayur), amik pasir (garam), ranting pokok (ikan bilis) pastu curah air. kacu-kacau guna sudu... see? ni belum blajar masak officially lagi ni.. haha! bajet pandai masak.. dah muda belia macam ni mak suruh masak.. haish! punya la liat nak ke dapur...

ada lagi part yang syok masa ni.. part terkantoi! yang selalu kantoikan aku ialah pak cik aku. time tu pak cik aku pon belum kahwin lagi.. dia lah kawan gaduh aku. memang badi lah aku dengan dia ni dulu. mana taknya, bila dia balik kerja dengan baju penuh dengan peluh, dia bukak baju tu terus campak kat aku. perhh! dia punya bacin tahap tak ingat lah! aku ni jenis kememey (suka nangis) . terus melalak..tulah hobi aku setiap petang waktu kecik-kecik dulu. haish... bila diingat-ingat zaman kecik-kecik dulu... memang best laa.. buat dajal sorang-sorang... main anak patung sorang-sorang. bila fikir dua-tiga kali macam gila lah pulak semua buat sorang-sorang. tak kisah la... aku happy macam tu.. YES! memang aku seorang kanak-kanak yang pelik waktu tu.. bila dah mula sekolah, baru okey sikit kot...

gambar hiasan

ada lagi satu aktiviti aku masa kecik-kecik dulu. yang ni aku selalu main dengan sepupu-sepupu lelaki aku je... aku dulu rapat denga sepupu lelaki je... yang perempuan jarang sebab yang sebaya aku ramai yang tinggal jauh... jarang balik kampung.

haa... aktivitinya gubah lagu sambil pukul-pukul tin biskut dengan ranting pokok.. lagu yang aku paling ingat sekali lagu ni...

C.E.M.P.E.D.A.K..cempedak jatuh..
gedebuk bunyinya macam tu...
aku bawa balik..
terus busuk...

melodi: xpdc C.I.N.T.A

kreatif tau kami sepupu sepapat ni.. hahaha.. tak pasal-pasal cempedak pon ada lagu..
terfikir cempedak sebab masa tu mak-mak kat dapur tengah goreng cempedak.. marvelous! marvelous! yang kitorang kat luar tengah menggoreng lagu entah apa-apa. :)

okey la.. cukup lah ni..

Chaw!

My New Boyfriend !

Arianshah Akid nama diberi...
mukanya comel tidak terperi...
takkan jemu tengok hari-hari...
Jom kita layan gambar boyfriend baru I ni...

hahaha! pantun spontan daripada aku...


Arrian yang AWESOME!


Anak Tomok dan kak Ayu


comelnye alahai kamu ni Arrian!


ouh! korang dah tengok video budak kecik ni? baru 8 hari video tu di upload dah 100K+ yang view.. popular bofriend baru I ni kan? hehehe... 

hai Arrian~ 
Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa
Oh aku tergoda, aku tergoda terkecewa...


biasa dia ni... :(

video


Sorry for the low quality of video.. rakam guna phone murah je..

Sumber gambar: instagram tomok
Sumber video: keek tomok

Chaw!