Hatiku Kebal !

Assalamualaikum! :)

aku suka tengok orang keliling aku gembira..
keluarga . rakan . kenalan . sesiapa sahaja!

bila diorang ketawa.. aku pulak yang rasa seronok..
tak kisahlah diorang ketawa sebab membahan aku atau apa pun..
aku tak kisah asalkan mereka gembira..

hati aku ni macam kebal kalau kena bahan dengan diorang pun..
sungguh! tak rasa apa..
mungkin sebab dah terbiasa dibahan..
kadang-kadang risau jugak..
hati aku ni hidup ke tak?



aih... hidup lg hati aku ni..
kadang-kadang tu terasa jugak..
tapi kejap je.. tak sampai 5 minit la..
tak sempat nk meresap dalam hati..
lepas tu lupa..
sebab set kat otak, mereka cuma bergurau!

kadang-kadang terfikir..
buat apa nak semakkan otak dengan benda-benda remeh ni?
banyak lagi perkara yang perlu aku fikir..

tapi selalu jugak aku terfikir..
diorang-diorang ni.. 
ada rasa menyesal tak kawan dengan aku?
ke.. aku je yang suka berkawan dengan mereka sedangkan mereka... tidak!

kawan.. maaf kalau adanya aku dalam hidup korang lagi membebankan korang..
kalau korang rasa tidak suka.. menyesal kawan dengan aku.. katakan!
jangan pendam.. pendam itu akan buat aku dan kau sakit..
sama-sama sakit..

yang mana perangai aku yang kalian tidak suka.. katakan!
supaya aku boleh ubah kepada yang lebih baik..
yang mana kata-kata aku yang buat kalian berkecil hati.. katakan!
aku akan segera memohon maaf.. aku takkan ulang lagi..

aku bukan lah orang yang baik-baik..
tapi aku sukakan orang yang baik-baik..
kamu semua doakanlah aku menjadi orang yang baik-baik...


*cari kawan sejati bukan sesuatu yang mudah..
    kadang-kadang cemburu juga melihat mereka yang ada kawan senang/susah sama-sama..

Chaw!