Tidur

sejak dua menjak ni..
aku selalu jugak tidur lepas balik sekolah ..
penat! jadi tidur lah kan?

ada satu hari baru-baru ni,
macam biasa lah.. tidur dalam pukul 3 cenggitu,
boleh termimpi pulak!
ini namanya mimpi di siang hari!

mimpinya tentang kawan2 yang saya suka..


dalam mimpi tu, aku,azy,ayan,arra dgn erin..
seperti sedang bergosip!
aku tak tahu apa yang digosipkan..
apa yang aku perasan.. kami berbual dengan bisingnya.

tiba-tiba, terdengar azan berkumandang dalam kelas tu,
semua terdiam.. sebabnya suara azan tu macam azan kat mekah tu,
sedap! merdu!
aku bangun dari kerusi cari siapa yang azan.
aku jengah kat satu sudut kelas..
Aidil azan? aku tengok kawan-kawan aku kat belakang.
semua tercengang bila aku cakap si ketua kelas yang azan.
mungkin tekaan aku dan mereka sama.. radio!
ouh meleset tekaan kami..

 dengan tak semena-mena.. aku terbangun dari tidur..
dengar azan dari masjid yang berdekatan..
haaa... dah Asar rupanya..

*adakah anda tinggal di negara yang aman dan meninggalkan solat?
   astaghfirullah.. nauzubillahi minzalik.. #tepukdadatanyaIman


wassalam..

Chaw!

No comments: